PENGUMUMAN!
Sesi pencarian bakat baru bermula -
Sesi Ujibakat untuk menjadi ahli baru :
Berminat ?
Tidak susah, pertimbangkan tawaran ini dengan rasional dan isikan nama anda di salah satu borang yang ditampal di sekitar sekolah bermula pada 15 Jun 2009 ini , atau isikan nama anda di ruangan komen di bawah. Hanya pemberian nama melalui dua cara ini sahaja yang diterima.
Hanya terbuka untuk dua kategori sahaja , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pastikan anda mengisi nama anda di ruangan yang tepat mengikut kategori bahasa yang dipilih.
Tarikh : 20 Jun 2009 , Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Sasaran : Para pelajar SMIH , Tingkatan 1 - Tingkatan 3 [Bagi pelajar Tingkatan 4 yang diberi surat tawaran juga diwajibkan hadir ke sesi ini. Hanya yang terpilih sahaja.]
Yuran : RM 2.00 [untuk bayaran makanan]
Prosedur Ujibakat :
-Sesi ujibakat ini akan diadakan dalam 2 pusingan untuk setiap peserta bagi kedua-dua kategori.
1) 'Argument session'
2) 'HOT Seat!'
--Kelebihan untuk para pelajar yang terpilih , cepat belajar dan berkelayakan; anda berkemungkinan akan dihantar mewakili SMI Hidayah untuk ke Kejohanan Piala Debat MUSLEH 2009 pada bulan Julai ini untuk mengisi kekosongan tempat dalam 'team'.
--Jangan bimbang , struktur perdebatan tidak akan diuji dalam sesi ujibakat ini.
Untuk pengumuman USUL , tentatif dan maklumat seterusnya , layari blog ini , dan tunggu pengumuman seterusnya.
Itulah lambang aspirasi kita , pendebat muda harapan negara!
1 comment:
jom ramaikan ahli club debate.kasi persaingan sihat sikit.eh.tak.banyak.ngee.
Post a Comment