Bismillahirrahmanirrahim.
Pada 4 April yang lalu , Kelab De'Pikir Sekolah Menengah Islam Hidayah telah berkunjung ke Sekolah Tun Fatimah , Johor Bahru untuk menjalankan satu perlawanan persahabatan dengan pendebat-pendebat dari Sekolah Tun Fatimah. Kelab De'Pikir dengan wakil rombongan seramai 23 orang [11 Banin , 12 Banat] dengan diiringi oleh Puan Pengetua , Puan Kamaliah Noordin , Penasihat Kelab , Ustazah Norhawanis Samion , Ustazah Siti Faesa Mariam serta seorang alumni yang setia menguruskan kelab , Kak Noor Shazwani Md Nasir telah berangkat ke sana pada jam 12.30 tengah hari selepas sesi latihan yang berlangsung di sekolah daripada jam 8.30 pagi sehingga 12.20 tengah hari.

Berikut merupakan wakil pendebat SMIH yang dihantar untuk berlawan dengan para pendebat STF.
Bahasa Melayu
Tema : Sosial dan Kebudayaan
USUL : Setelah 51 Tahun Merdeka : Rakyat Kita Sudah Tidak Patriotik
USUL : Setelah 51 Tahun Merdeka : Rakyat Kita Sudah Tidak Patriotik
SMIH [Kerajaan]
Ili Syazwani Shairi
Nur Liyana Zakaria
Ilham Nasharuddin
Abdullah Zubayr Mohd Aizaini
Bahasa Inggeris
Theme : Science and Technology
Motion : This House Believes That Computers Make Better Teachers
SMIH [Opposition]
Nadiah Farhana Zainuddin
Nur Tasnim Razali
Amnah Ismail
Daeng Ahmad Luqman Ahmad Termizi
Laporan bergambar :
Sampai di Sekolah Tun Fatimah.

Para Pelajar STF menyambut kedatangan pasukan SMIH.

Para Pelajar STF menyambut kedatangan pasukan SMIH.
Sesi Cabutan Usul.
Penyokong-penyokong kedua-dua pasukan sedang menunggu waktu
kedua-dua sesi persidangan bermula di luar dewan [1430 hr - 1530 hr].
Wakil Pendebat BM dari kedua-dua buah sekolah
Sesi Persidangan berakhir [perlawanan tanpa menang-kalah]

Sekitar Sekolah Tun Fatimah.

Kontijen SMIH ke STF [4/04/2009]
Sekitar Sekolah Tun Fatimah.
Kontijen SMIH ke STF [4/04/2009]
Tiba di SMIH ; jam menghampiri 7 malam.
*p/s : gambar persidangan debat Bahasa Inggeris akan menyusul kemudian , (dalam 'post' yang ini juga) insya-Allah.
Sekian , Jazakumullahukhayrankathira.
-Kelab De'Pikir SMIH 2009-
1 comment:
salam..
ana ada menonton pertandingan akhir debat kt IIUM hari tu. nak ucapkan tahniah buat team debat kalian sbb jadi juara..
Post a Comment