Pages - Menu

Thursday, 15 September 2011

Intra School Debating Championship 2011

bismillahirrahmaanirrahim..




Pertandingan Debat Intra-School SMIH Jb 2011.

julung julung kalinya akan diadakan pada September 2011.

Berikut adalah butiran tentang pertandingan ini ;-

MOTO : ’ HIDUP SEBUAH PERDEBATAN, DEBAT PERLU HIDUP ''


OBJEKTIF

1. Membentuk peribadi muslim dan karakter yang positif berdasarkan aspek-aspek Muwasafat Tarbiyah seperti menjaga waktu dan mementingkan ilmu.

2. Menerapkan budaya kerja professional dalam kalangan pelajar SMIH berteraskan syariat Islam.

3. Memupuk budaya berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar SMIH serta menerima pertembungan idea-idea yang bernas dan berkualiti dengan cara berhemah dan tolak ansur.

4. Mencari pelapis/pewaris ahli Kelab De’Pikir seterusnya mencungkil bakat baru dalam arena perdebatan di SMIH hingga mampu mewakili sekolah ke peringkat antarabangsa.

5. Usaha kesinambungan debat sebagai niche-area SMIH.


SYARAT PENYERTAAN

1) Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 SMIH.

2) Peserta diberi pilihan untuk membentuk pasukan masing-masing dalam kalangan gender yang sama. Yuran penyertaan setiap pasukan ialah RM20 (3 orang). Bayaran yuran boleh dibuat semasa pendaftaran.

3) Setiap kumpulan akan menghadapi 4 pusingan awal sebelum 8 kumpulan terbaik mara ke pusingan kalah mati (Suku Akhir), 4 kumpulan untuk pusingan Separuh Akhir dan hanya 2 kumpulan terbaik yang akan menjadi Finalis.

4) Senarai usul akan diberikan sewaktu pendaftaran untuk memudahkan peserta mencari dan mendapatkan maklumat.


Maklumat lanjut : Sila rujuk Pengarah ISDC SMIH 2011, Ustazah Juhanita Jumaat.

Mari Beramai-ramai memeriahkan lagi Intra-School 2011 ini. Hadiah menarik menanti anda! Moga Allah redha dengan usaha kita.. Amiin.


1 comment:

Anonymous said...

....