Pages - Menu

Monday, 30 May 2011

Tugasan Cuti Debat BM.

bismillah.. Assalamualaikum.

cuti persekolah semester satu telah bermula. namun saat inilah latihan intensif debat musleh bermula.
untuk itu, sebagai tugasan cuti sekolah kali ini, di sini disertakan 20 usul untuk diteroka dan dikaji oleh para pendebat bahasa melayu.

Usul cuti sekolah

1. Sekatan WikiLeaks ; PBB wajar bertindak
2. Selatan Thailand perlu diberikan kuasa autonomi
3. Suruhanjaya Perlantikan Hakim : hangat-hangat tahi ayam
4. Krisis Matawang Dunia : Dinar emas jawapan terbaik.
5. Kebangkitan Dunia Islam : Kekuatan Ekonomi lebih penting daripada Kekuatan Politik
6. Satu Malaysia : Agenda Nasional bukan Agenda Politik
7. Pelan Integriti Nasional : Impian menjadi realiti
8. Pintasan Bajet 2010 : Hanya gurauan biasa
9. Integeriti perkhidmatan kesihatan mengecewakan
10. Ekonomi kapitalisme membelakangkan keadilan sosial
11. Federalisme menggugat perpaduan antara wilayah
12. Liberalisasi ekonomi : Wawasan 2020 tidak terjejas
13. Pelan Transformasi Kerajaan jawapan terbaik
14. ISA melindungi keamanan rakyat
15. Wawasan 2020 masih lagi relevan
16. ASEAN perlu menjadi blok ekonomi
17. Krisis Ekonomi : Sektor Pertanian perisainya
18. Bank Dunia Penyelamat Negara Dunia Ketiga
19. Harga barang terkawal sukar dikawal
20. SPRM umpama ibu tiri

- tugasannya adalah seperti yang telah diarahkan oleh alumni sewaktu latihan 29/5/2011, ahad.
# buat research
# bina kes
# cari pro dan kontra.
- tugasan ini akan disemak sewaktu latihan sebaik sahaja naik cuti.
- kalau rasa usul ni tak cukup, jangan risau. maklumkan sahaja kepada ana.

tambahan ;-
1# tugasan ustazah hawanis jangan terus dibiarkan tergendala. terus buat cut&paste dari akhbar.
2# isu-isu yang telah dibincangkan sewaktu latihan bersama-sama alumni juga, perlu diteruskan research.
-NKRA
-NKEA
-KPI
-SPRM
-GTP -ETP -PTE -MEB
-Isu Myanmar
-Pendidikan : a) Guru berpolitik b) dua guru satu kelas c) gaji guru dan penggredan guru
-Blok Ekonomi
-Isu washingon-tehran
-Krisis Timur Tengah
-Tanah runtuh
-Demokrasi [Lynas]
-Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza [Rachel Corrie]
-Isu Osama bin Laden
-PRU Malaysia dan PR Sarawak
-Isu IMF
-Perjanjian Malaysia-Australia [Suaka Politik]
-Utusan : 1 Bumiputera

3# Selamat mempersiapkan diri untuk latihan intensif debat musleh yang pastinya menuntut ketahanan diri dan komitmen yang tinggi dari setiap pendebat.
4# Manfaatkan masa cuti ini sebaiknya, belajar tetap menjadi keutamaan.

moga Allah memberi kekuatan dan mempermudah segala urusan kita. teruslah memurnikan niat kita, dan perjuangan ini takkan pernah berakhir. moga dunia debat ini kan terus subur dan sebati dalam kehidupan kita, hingga di akhirnya jiwa kita menjadi besar dan kental untuk hadapi segalanya.. moga Allah redha :)

Itu sahaja, harap maklum. Terima kasih. Wassalam.

Yang benar,
Nur Raihana Zakaria.

No comments: