Pages - Menu

Friday, 19 November 2010

Kem Debat Kembali !

bismillahirrahmaanirrahim.

pertama-tamanya, jutaan kemaafan dipohon atas perjalanan blog De'Pikir yang kurang efektif sejak kebelakangan ini. Insya-Allah pihak kami akan berusaha memperbaiki situasi ini. Apapun, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang tetap setia menyokong dan memberi galakan kepada Kelab De'Pikir tanpa rasa jemu. Sokongan dan galakan anda amat kami hargai.

baiklah, kembali kepada topik asal.

KEM DEBAT 2010.

insya-Allah, meneruskan agenda kem debat yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun lepas, butiran Kem Debat 2010 adalah seperti berikut :

Tarikh : 24 hingga 26 Disember 2010

Hari : Jumaat hingga Ahad

Tempat : Tanjung Sutera , Mersing

Yuran : RM75

Sasaran : Semua ahli Kelab De'Pikir yang terpilih

Senarai nama peserta akan dimaklumkan di blog ini kemudian. Makluman kehadiran anda kepada Setiausaha Kem Debat 2010, Saudari Nur Dalila binti Kahar atau respon di post ini. Bagi mana-mana peserta yang masih belum mendapat surat, boleh respon di post ini juga. Segala kerjasama anda amat kami hargai.

Pihak JawatanKuasa Kem Debat 2010 juga mengalu-alukan sebarang sumbangan bagi menjayakan Kem Debat 2010 ini. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, boleh respon di post ini juga dan maklumat lanjut akan diberitahu kemudian. Terima kasih.

***

Kepada semua ahli Kelab De’Pikir, manfaatkanlah masa cuti ini untuk terus mempertajam dan memperhebat kemahiran debat yang sedia ada. Ayuh persiapkan diri dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi bagi memulakan perjuangan pada sesi akan datang. Andai ada kelapangan masa, anda dialu-alukan untuk mengemaskini blog debat ini.

Kepada calon-calon SPM 2010, calon SPM SMI Hidayah amnya dan para pendebat SMIH JB khususnya.. Selamat menghadapi SPM. Lakukan yang terbaik dan letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah. Teruslah berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua , demi SMI Hidayah JB dan deenul-Islam yang pasti !

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya." [An-Najm : 39 ]

***

Wallahu A’lam.

Kelab De’Pikir 2010.

No comments: