Pages - Menu

Tuesday, 20 July 2010

Syukur pada Ilahi

bismillah..
Syukur pada Ilahi..
Setelah Dia memberi kita nikmat kejayaan melayakkan diri ke peringkat akhir ketiga-tiga
kategori dalam pertandingan debat antarabangsa di Kuala Lumpur baru-baru ini,
kita sekali lagi dikurniakan kejayaan yang amat besar dalam misi dakwah kita.
Pada 18hb Julai,salah seorang ahli kelab De'Pikir,iaitu Muhd.Huzaifah Adnan telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan Spell-It-Right yang diadakan di City Square.


Beliau telah berjaya membawa pulang RM1500.
SMIH telah menghantar empat orang wakil termasuk Huzaifah dan seorang
lagi ahli kelab De'Pikir iaitu Muhd.Danial Mustafa yang kecundang lebih
awal.Walaubagaimanapun tahniah buat mereka semua atas usaha mereka.

Telah banyak nikmat kejayaan yang Allah berikan kepada kita.Maka bersyukurlah kerana lebih ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti kita.Dan ingatlah bahawa sesungguhnya segala kejayaan itu datang dari Allah dan bukanlah usaha kita semata-mata.
"Sesiapa yang membantu agama Allah maka Allah akan membantunya.."
wallhua'lam.

No comments: