Pages - Menu

Monday, 12 July 2010

Debat Musleh :)

SMI Hidayah Johor Bahru tawan pentas akhir debat MUSLEH

a

KUALA LUMPUR - Tahun ini ternyata manis buat Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIHJB) apabila pasukan debatnya berjaya menggegar gelanggang akhir Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH Kali Ke-2 Tahun 2010 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Meskipun sekadar menjadi naib juara dalam kategori Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, dewan di tingkat empat Hotel Putra Kuala Lumpur gamat dengan sorakan apabila SMIHJB diumumkan pemenang perlawanan akhir kategori Bahasa Melayu.

aSMIHJB yang dibarisi Ili Syazwani, Raihana Zakaria dan Nadiah Syahirah serta Mohd Hanif selaku pendebat simpanan menewaskan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang diwakili Syed Fahmi, Muhd Firdaus, Haris Safwan serta Aifa Nadhirah. Bertindak sebagai 'Speaker Dewan' pula ialah Muhammad Talhah Ajmain (gambar kiri) dari Universiti Malaya, manakala Hasif Hishamuddin sebagai penjaga masa.

Debat ala Parlimen dengan usul 'Dewan ini percaya kita perlu berkeras dengan Israel' menyaksikan barisan lima juri diketuai Pembantu Pengarah di Jabatan Komunikasi dan Pengembangan Pengucapan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Amirul Zaidi Che Ros memberikan kemenangan 5-0 kepada SMIHJB. SMIHJB bertindak selaku pembangkang yang menolak usul berkenaan.

aGelaran Pendebat Terbaik Bahasa Melayu bagaimanapun menjadi milik Muhd Firdaus (gambar kanan) yang berjaya menawan para juri dengan hujahannya yang kemas dan bernas terutama dalam sesi penggulungan.

Terdahulu, dalam kategori Bahasa Arab, KISAS mengatasi pasukan A dari SMIHJB dengan perbezaan markah hanya 7.1 peratus. Usul bertajuk 'Campur tangan ahli anggota ASEAN dalam hal ehwal dalaman ahli satu keperluan' turut menobatkan wakil KISAS, Nur Farhanah sebagai pendebat terbaik.

Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, Sri Ayesha Islamic School (SAIC) Kajang membuktikan keunggulannya apabila menundukkan pencabarnya yang juga dari SMIHJB. Gelaran pendebat terbaik turut dimonopoli SAIC menerusi pesertanya, Nurkamalia.

Pendebat terbaik keseluruhan untuk kategori Bahasa Melayu jatuh kepada Husna Iskandar (SMI Al-Amin Bangi), manakala untuk kategori Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris masing-masing dirangkul oleh Anis Amirah Zakaria (KISAS) dan Adibah Bahiyah Awang (SMI Al-Amin Gombak).

aPengetua SMIHJB, Kamaliah Nordin (gambar kiri) yang ditemui melahirkan rasa syukur atas pencapaian wakil-wakil sekolahnya yang berjaya melangkah hingga ke peringkat akhir dalam ketiga-tiga kategori pada tahun ini.

"Debat memang menjadi niche atau fokus sekolah sejak 4-5 tahun lepas. Alhamdulillah, ia dimasukkan ke dalam perancangan strategik sekolah dan bolehlah saya katakan hasilnya mula kelihatan sekarang," ujar beliau apabila ditanya tentang rahsia kejayaan SMIHJB.

"Saya juga amat berbangga dengan kumpulan alumni pendebat sekolah yang begitu komited melatih serta mencurahkan pengalaman mereka sehingga melahirkan pendebat pelapis peringkat sekolah. Hasilnya, SMIHJB telah beberapa kali muncul johan dalam pertandingan yang disertai," tambahnya.

Beliau berharap arena debat dilihat sebagai unsur yang dapat membentuk sahsiah pelajar kerana ia bukan setakat melatih pelajar bercakap tetapi juga bersabar, gigih, tabah dan mengawal diri ketika berdebat. "Semua kualiti ini amat penting untuk du'at (pendakwah)," katanya.

Kejohanan tahun ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila disertai oleh beberapa buah sekolah berasrama penuh seperti KISAS, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.

a a a

Kejohanan ini adalah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Musleh Berhad (Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd), UIAM dan International Center for Educational Excellence Bhd (ICEE) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai 2010 di Hotel Putra, Jalan Tun Razak di sini. Acara perasmian penutupannya telah disempurnakan oleh Setiausaha Dewan Negara, Datuk Zamani Sulaiman.

Seramai 158 orang pelajar dari dalam dan luar negara membabitkan 40 buah pasukan debat telah mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan berkenaan. Kejohanan kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan dua buah pasukan debat dari negara jiran, Indonesia. Penyertaan dalam negara pula terdiri daripada pelajar-pelajar jaringan sekolah menengah rangkaian Musleh (14 buah) dan sekolah swasta yang lain iaitu Sekolah Menengah Islam ADNI, Sri Ayesha Islamic School Kajang dan International Islamic School Kota Damansara.

a

a

a

a

a

a


http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/nasional/33-nasional/372-smi-hidayah-johor-bahru-terus-ungguli-debat-musleh


5 comments:

mardhatillah said...
This comment has been removed by the author.
mardhatillah said...

Allahu Akbar!
moga najah ini adalah nikmat dan anugerah yang diredhai, amiin :)

KhaleeD Fakhry said...

Yeh... my team SRI Ayesha won a 2nd time. whoever I train mesti menang. so SMI Hidayah, get ready, I'll train you next. LOL

+akufobia+ said...

haha.ayat bongkak.takpe.bukan selalu.erkk.

KhaleeD Fakhry said...

jgnlah marah, bukan aku pun yang masuk bertanding. LOL