Pages - Menu

Sunday, 20 June 2010

Kebanjiran PATI salah majikan

Assalamualaikum wr. wbt.

Usul: Kebanjiran PATI salah majikan.

PATI: Pendatang asing tanpa izin.
PADI:Pendatang asing dengan izin.
Statistik pati terkini: 1.2 juta orang
Statistik padi terkini: 1.2 juta orang.

KESAN KEBANJIRAN PATI :
• Mencemarkan pemandangan pelancong terhadap negara kerana kebanyakan pendatang2 ini membanjiri kawasan2 seperti Chow Kit dikuasai warganegara Indonesia, Pasar Selayang dikuasai warganegara Myanmar dan Bukit Jalil dikerumuni warganegara dari Afrika.
• Keselamatan sosial terancam.Terdapat pendatang asing yg sebenarnya penjenayah yg dikehendaki oleh negara asal mereka.Kes-kes penjenayah Indonesia yang ditembak mati dalam serbuan polis bukanlh kes yg luar biasa lagi.Penjenayah2 asing juga menjadikan kwsn2 setinggan sbgi tmpt berkumpul mereka utk membuat kecoh pd wktu tgh mlm dan apabila ditegur rakyat tmptn mereka mula memberontak dan bergaduh.Kes2 jenayah seperti ragut, rogol dan rompak dikalangn mereka semakin meningkat.
• Penyakit2 berbahaya merebak dengan meluas.Kebanyakan pendatang tanpa izin dtg drpd negara2 mundur.Kesihatan mereka kurang terjamin.Ada antara mereka menghidapi AIDS, tibi, penyakit kelamin dan sebagainya.Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi semakin menigkat semula.Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan Hepatitis.Hubungan mereka dengan pelacur tempatan juga akan mempercepat jangkitan AIDS.
• Masalah perumahan.Kebanjiran pati akan menyebabkan banyak perumahan setinggan yang tidak teratur didirikan.Hal ini menyebabkan imej negara akan terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.
• Hak rakyat sedikit sebanyak akan terjejas.Majikan akan lebih berminat untuk menggaji pati kerana mereka jauh lebih murah untuk dibayar gaji.Hal ini juga memberi peluang kepada pati untuk berniaga.Malah, terdapat diantara mereka juga mendiami rumah mewah tanpa membayar cukai pendapatan.
• Pembaziran wang kerajaan.Kerajaan memerlukan kos yang tinggi bagi menghantar semula warga asing tanpa izin ini kembali ke negara asal mereka.


SALAH MAJIKAN:
• KELONGGARAN.Majikan seolah-olah mendapat kelonggaran untuk mengambil pati sebagai pekerja.Kerana:
1) Pekerja asing murah.
2) Pekerja asing tak melawan.(lama2 baru mlwn)
3) Pekerja asing boleh diperkotak katikkan.
4) Pekerja asing takder saudara mara di sini.
5) Majikan ada kuasa ke atas pekerja asing since depa boleh pegang passport. Kalau warga tempatan, nak cabut dari satu2 kerja senang je sebab IC sendiri pegang.

• Empat persatuan restoren kebangsaan telah menggesa kerajaan untuk membatalkan kenaikan levi pekerja asing daripada RM1,800 kepada RM3,600 setahun.Persatuan2 yang terbabit adalah Persatuan Tuanpunya Restoren India (IROA), Persatuan Tuanpunya Restoren Muslim Malaysia (MMROA), Persatuan Tuanpunya Restoren Cina dan Persatuan Tuanpunya Restoren Bumiputera.
Ke empat2 Persatuan ini mengugut akan menaikkan harga makanan dan minuman di restoran2 ahli mereka jika pihak kerajaan tidak menimbangkan gesaan mereka.Tapi, masalahnya mereka2 ini tidak mampu menggaji pekerja tempatan dan tidak nampakkah tenaga kerja tempatan yang ada??? sukar sangatkah mencari pekerja dikalangan warga tempatan???

• Ketika kerajaan menawarkan pengampunan beramai-ramai hingga 31 Julai 2002, sebanyak 282,000 pendatang tanpa izin menyahut tawaran itu. Pihak majikan terutama di sektor pembinaan pula merungut kerana ada syarikat pemaju terpaksa membayar hingga RM300 juta kerana lewat menyiapkan projek. Kelewatan ini dakwa mereka disebabkan kerajaan menghantar pulang pekerja pendatang tanpa izin.

No comments: