Pages - Menu

Thursday, 14 January 2010

Kem Debat 2009--

Laporan Kem Debat Ala Parlimen Sekolah Menengah Islam Hidayah 2009

Kelab De’Pikir Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menganjurkan Kem Debat Ala Parlimen 2009 pada cuti sekolah yang lalu dengan tema 1 Matlamat,1 Kebergantungan. Berikut adalah butiran kem terbabit ;

19 hingga 20 Disember 2009

Sabtu dan Ahad

Tunjuk Laut Beach Resort, Tanjung Leman, Mersing

Ahli Kelab De’Pikir Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab

Kem Debat ini adalah salah satu program yang julung-julung kalinya direncanakan dan diadakan oleh Kelab De’Pikir. Berikut adalah badan pelaksana dan ahli jawatan kuasa yang terlibat dalam perencanaan dan perancangan Kem Debat 2009 :

BADAN PELAKSANA

Penaung ; Puan Kamaliah binti Noordin

Guru penasihat ; Puan Kamaliah Noordin, Puan Norhawanis Samion, Cik Juhanita Jumaat,

Puan Zuraidah Aman, Cik Siti Faesa Maryam

Pengarah ; Nadiyah Syahirah Nordin

Timb. Pengarah ; Muhammad Hanif, Anas Kamarul Baharin

Setiausaha ; Nur Athirah Kahar

Bendahari ; Nur Liyana Zakaria

AHLI JAWATANKUASA

AJK Program ; Ahmad Qatadah Ismail, Afiqah Abdul Rahman, Nur Raihana Zakaria

AJK Lodging ; Ilham Nasharuddin, Nur Dalila Kahar

AJK Pengangkutan ; Anas Hairozi

AJK Makanan ; Aminuddin Muslim, Fadhilah Zamani

AJK Sponsor ; Muhd Khair Mohd Kamil, Ili Syazwani Shairi

AJK Disiplin ; Mohd Huzaifah Adnan, Nurul Qarirah Md Kahar

AJK Bahan & Multimedia ; Ahmad Zahier Arbi, Muhd Qutaibah Ismail

Para peserta dikehendaki berkumpul pada 6.45 pagi di pondok bas SMIH. Pada jam 7.15 pagi, kami bertolak ke lokasi kem dengan menaiki dua buah bas, 1 bas banin dan satu bas banat. Kira-kira jam 9.05 pagi, kami tiba di Tunjuk Laut Beach Resort, Mersing. Para peserta berkumpul di dewan besar untuk sesi pendaftaran. Setiap peserta diberikan sebuah fail, sebatang pen dan tag nama.

Berikut adalah aktivit-aktiviti yang telah dijalankan selama 2 hari 1 malam di Tunjuk Laut mengikut tentatif yang telah dirangka ;

19 Disember 2009

Selepas pendaftaran, sarapan. Kemudian, slot 1 ; ice breaking dan brainstorm dijalankan di bawah kendalian fasilitator-fasilitator iaitu Saudara Auzan, Saudara Saiful Islam, Saudari Norhayati, Saudari Zatil Hidayah, Saudari Jannah dan Saudari Tasnim. 3 permainan dilangsungkan iaitu mafia war, regu dan teka-teka.

Selepas slot 1 tamat iaitu pada jam 1 tengahari, peserta dibenarkan rehat, makan tengahari dan solat. Kem diteruskan dengan slot 2 ; bengkel konsep yang dijalankan mengikut bahasa bermula pada pukul 2.45 petang sehingga jam 5.30 petang. Bahasa Melayu dikendalikan oleh Saudara Auzan, Bahasa Inggeris dikendalikan oleh Saudara Saiful Islam, Saudari Jannah, Saudari Zatil Hidayah dan Saudari Tasnim manakala Saudari Norhayati mengendalikan Bahasa Arab.

Pada jam 5.30 petang, peserta dibahagikan kepada beberapa bilik untuk didiami pada malam 19 Disember. Terdapat 4 bilik bagi peserta banat, 5 bilik bagi peserta banin, 2 bilik bagi fasilitator dan 2 bilik bagi guru. Sehingga jam 8.00 malam, peserta diberi kebebasan untuk berehat, mandi, riadhah, solat atau melakukan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang dikehendaki.

Malam 19 Disember dimeriahkan dengan agenda BBQ yang dilangsungkan di warung Tunjuk Laut. Sebelum jam 8 malam lagi, peserta banin telah pun berganding bahu menyediakan BBQ dengan diketuai oleh Encik Bahrin, suami kepada guru penasihat Kelab De’Pikir. Hari pertama Kem Debat diakhiri dengan tayangan multimedia, permainan debat dan ucapan guru penasihat Kelab De’Pikir Sekolah Menengah islam Hidayah, Puan Norhawanis Samion yang diadakan di dewan besar.

20 disember 2009

Seawal jam 5.15 pagi, para peserta dikehendaki bangun untuk melakukan qiamullail, solat subuh dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Aminuddin Muslim, ahli Kelab Debat Bahasa Arab. Pada pukul 6.30 pagi, para peserta sekali lagi diberi kebebasan untuk melakukan sebarang aktiviti di dalam bilik atau di pantai. Namun begitu, mereka digalakkan untuk menyaksikan sunrise yang sememangnya dapat membuktikan kebesaran Allah.

Sekitar jam8.30 pagi selepas sarapan, slot 3 ; bengkel struktur dimulakan. Di bawah kendalian fasilitator yang sama, setiap bahasa menjalankan aktiviti-aktiviti tersendiri bagi menambah pemahaman peserta tentang perdebatan. Bahasa Melayu bermain permainan performance, Bahasa Inggeris mengadakan perdebatan dan perbincangan manakala Bahasa Arab mengadakan perdebatan.

Para peserta dibenarkan rehat, makan, solat dan mengemas barangan peribadi pada jam 12 tengahari, Slot 4 ; Treasure Hunt dimulakan pada pukul 1.45 tengahari. Terdapat 6 checkpoint yang perlu dilalui oleh setiap peserta. Namun gara-gara keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, hanya 5 checkpoint sahaja yang dapat dijalankan. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap peserta yang telah dibahgikan kepada 9 kumpulan, 4 kumpulan banat dan 5 kumpulan banin termasuklah mendaki bukit. Berikut adalah perjalanan aktiviti ini yang telah diuruskan oleh AJK Treasure Hunt iaitu Saudara Ilham, Saudara Khair, Saudara Aminuddin, Saudari Nadiyah, Saudari Athirah dan Saudari Afiqah ;

Checkpoint 1 ; Di hadapan chalet – Afiqah

Mengadun donat yang sedap dengan menggunakan tepung (hanya boleh diambil menggunakan daun yang disediakan), air (hanya boleh diambil menggunakan belon bocor yang diberi) dan gula yang hanya boleh diambil menggunakan mulut.

Checkpoint 2 ; Dewan Besar – Athirah

Menyusun cawan polistrin menjadi sebuah piramid. ketua kumpulan bertanggungjawab memberi arahan kepada anak buah yang menutup mata untuk menggerakkan cawan terbabit sehingga menjadi sebuah piramid.

Checkpoint 3 ; Sebelah Dewan Besar – Aminuddin

Menghasilkan sebuah sajak yang merangkumi tiga bahasa ; bahasa melayu, inggeris dan arab. Tajuk sajak diberi oleh AJK Treasure Hunt seperti Alam sekitar dan kehidupan.

Checkpoint 4 ; Puncak Bukit – Khair

Menyelesaikan mock-up building yang belum terbina mengikut kreativiti masing-masing. Kumpulan yang mengikut contoh yang diberi akan ditolak markahnya.

Checkpoint 5 ; Pantai – Nadiyah

Membuat dan merangka sebuah layang-layang yang menarik dan boleh terbang dengan menggunakan bahan yang diberikan.

Checkpoint 6 ; Dewan Besar – Ilham

Makan donat yang telah diadun dan dibakar oleh AJK Treasure Hunt, mendeklamasikan sajak yang telah dihasilkan dan sebagainya. **tidak dapat dilangsungkan dan hanya dapat dijalankan di dalam bas sewaktu balik.

Keadaan cuaca yang kurang baik bukan sahaja menjejaskan aktiviti treasure hunt, malah upacara penutup juga terpaksa dibatalkan. Namun, agenda refleksi dan resolusi serta penyampaian hadiah tetap diteruskan di dalam bas. Cabaran yang sepatutnya dilangsungkan di dewan besar juga dijalankan di dalam bas.

Sebelum pulang, sesi fotografi telah diadakan di hadapan pantai berdekatan dewan besar dan warung. Para peserta diberikan sebuah bekas berisi bubur kacang dan air oren sebagai santapan minum petang. Kira-kira 6 petang, bas yang membawa kami bergerak menuju ke sekolah. Tiba di sekolah pada jam 8.15 malam.

Diharapkan aktiviti ini dapat memberi kesan kepada ahli-ahli kelab ini sama ada ahli lama mahupun ahli baru. Semoga Kem Debat ini mampu menjadi titik tolak kepada Kelab De’Pikir dalam usaha melahirkan pendebat-pendebat yang berkualiti dan berpegang teguh kepada tema Kem Debat 2009 sendiri iaitu ,

1 Matlamat, 1 Kebergantungan.

sekian,

setiausaha kelab depikir smih 2010.

7 comments:

seilam said...

nama kak jannah xde?

anwarhusaini said...

takde gambar eh? kan banyak gambar lawa-lawa. opps terkoyaa.

+akufobia+ said...

alaa.cakap je tak guna.sila masukkan.cepat.

Najat N :) said...

eh , bile ternampak perkataan BBQ tue , tibe tibe rase mcm jelaous sehh . -,- *muka serious nie*

seilam said...

bbq= baju batik qu..

Najat N :) said...

kangg ade yg kena tembak free nie kang . sarkastik habis .

mardhatillah said...

gambar akan dimasukkan kemudian.jadual pack.

bbq jat?hoho..
baju batik?mengimbas kisah silam seyh!