Pages - Menu

Monday, 8 June 2009

Maklumat Terkini!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Sedikit informasi [khususnya buat para pendebat yang tidak menghadiri sesi latihan pada hari ini, atau lebih khusus kepada para sarjan dan staf sarjan baru dalam Kelab De'Pikir] untuk ahli-ahli kelab sekalian mengenai perjalanan Kelab De'Pikir SMIH yang sudah kembali aktif, dan akan terus aktif dalam masa 2 bulan terdekat ini.

1. Sesi Ujibakat untuk pengambilan ahli baru akan dijalankan pada hari Sabtu [20/06/2009] , ujibakat untuk menjadi ahli Kelab De'Pikir SMIH ini terbuka kepada tingkatan 1 - 3 dan pengambilan ahli kelab tertentu [by recommend] akan diambil dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Tingkatan 5 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam ujibakat ini. Ujibakat ini hanya diadakan untuk penerimaan ahli dalam kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Ahli-ahli Kelab De'Pikir [yang kini] diminta bersedia untuk menganjurkan ujibakat. [Publisiti , borang keahlian , poster dsb.]

2. Sepertimana yang sedia dimaklumi , Kelab De'Pikir akan menghantar wakil ke Kejohanan Piala Debat MUSLEH 2009 buat julung-julung kalinya. Butir-butir UMUM pertandingan [setakat ini] adalah seperti berikut :


  • Pertandingan ini akan diadakan pada 9-12 Julai 2009
  • Bakal berlangsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Pertandingan ini disertai oleh Sekolah-Sekolah Menengah Islam se-Malaysia [SMI] dan juga wakil-wakil daripada negara Brunei Darussalam , Republik Indonesia dan Thailand.
  • Kelab De'Pikir SMIH akan menghantar 3/4 team bagi setiap bahasa. Tertakluk kepada kekosongan.
  • Para pendebat tingkatan 5 SMIH juga dibenarkan menyertai pertandingan ini. [dengan keizinan ibubapa]
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli Kelab De'Pikir SMIH dan semua pelajar SMIH [yang layak di bawah penilaian guru penasihat kelab dan telah pun melepasi peringkat saringan/ujibakat pada 20/06/2009 ini]
  • Usul-usul pertandingan ini secara majoriti/keseluruhannya berkisar tentang dunia Islam. [negara-negara islam, OIC dsb.]
  • Format Perlawanan : lawan 4 kali , jika layak , melangkah ke peringkat suku akhir , separuh akhir dan akhir. [insya-Allah!]
  • Untuk ahli-ahli Kelab De'Pikir , nama-nama anda telah disusun di dalam team-team tertentu. [tertakluk kepada perubahan]
  • Usul-usul debat adalah berdasarkan 7 tema di bawah:
    1) Politik
    2) Ekonomi
    3) Alam Sekitar
    4) Sosial
    5) Sukan
    6) Kesihatan
  • 7) Pendidikan

Maklumat Lanjut , layari : http://debatmusleh.blogspot.com

...semua makluman ini tidak dijamin kesahihannya , tertakluk kepada perubahan. makluman ini bertujuan untuk memberi gambaran awal tentang pertandingan tersebut.

Sekian , Jazakumullahukhayrankathira.

Unit Informasi 08/09.

p/s* SEMUA pendebat , [yang tersenarai namanya di sebelah kiri blog ini , termasuklah para sarjan dan staf sarjan baru, kecuali pendebat tingkatan 5 yang tidak memasuki Kejohanan Piala Debat MUSLEH 2009 ] hendaklah menghadiri perjumpaan Kelab De'Pikir pada hari esok. Sesi tersebut bermula pada jam 11 pagi.

No comments: