Pages - Menu

Saturday, 23 May 2009

kredit


Bismillahirrahmanirrahim

Dipetik daripada laman web sekolah :

HIDAYAH DI RADIO IKIM
Perbincangan Pagi di Radio IKIM.

Dalam program bicara pagi bersama DJ radio IKIM.fm, pendengar dipelawa menelefon DJ ntuk memberi pandangan mereka tentang sesuatu topik. Pada suatu pagi, topik perbincangan berkisar kepada tajuk lebih kurang "Lepasan sekolah-sekolah Islam tidak pandai berinteraksi"

Berbagai pandangan dari ramai pendengar diberikan melalui telefon.

Di antara yang ramai itu, salah seorang pemanggil memberikan pandangan yang positif. Beliau berpendapat adalah tidak tepat bahwa lepasan sekolah Islam tidak pandai berinteraksi. Lalu beliau memberikan contoh bagaimana baru-baru ini Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru telah menjadi juara debat antara sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Beliau menambah ini suatu perkembangan yang baik.

Terkejut dan gembira dengan berita pencapaian sekolah Hidayah itu, kedua-dua DJ radio IKIM.fm serta merta menngucapkan tahniah kepada Sekolah Menengah Islam Hidayah di atas pencapaian cemerlang tersebut.

Sekian.

3 comments:

amran_UTM said...

TAhniah buat adik2 sekolah islam hidayah. Kejayaan anda sangat membanggakan saya. Buat liyana, syazwani and adik2 yang lain, teruskan perjuangan anda, dalam debat usaha adalah yang utama, teruskan usaha gigih anda untuk membuka mata mereka yang cube menutup mata!!!

Tahniah!!!

-amran-

Kelab De'PiKir SMIH said...

@ abang Amran
terima kasih kerana sudi menyinggah di laman kami.
terima kasih juga atas bimbingan selama ini.

+akufobia+ said...

semoga kejayaan hari ni manjadi pemangkin untuk kejayaan akan datang yang lebih gilang gemilang.lalala.