Pages - Menu

Friday, 3 April 2009

Sosial : Meritokrasi

Bismillahirrahmanirrahim.

Penyelongkaran fail bahan & informasi.


APA ITU Meritokrasi ?

Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya. Frasa ini berasal dari buku tulisan
Michael Young 1958 bertajuk Rise of the Meritocracy atau "Bangkitnya Meritokrasi", suatu kisah futuristik dimana status seseorang dimasyarakat ditentukan oleh IQ serta usahanya. Dalam buku ini, kerajaan meritokratik yang tidak berperasaan ini akhirnya digulingkan oleh rakyat jelata.

Walaupun buku tersebut memberi imej yang negatif terhadap meritokrasi, masih ramai yang percaya dengan kebaikan sistem ini didalam masyarakat. Menurut penyokong meritokrasi, sistem ini adalah lebih adil dan produktif, berbanding sistem kerajaan yang lain yang berdasarkan status sosial atau ras. Antara kerajaan yang menyokong sistem ini termasuklah kerajaan Singapura.

Kebanyakan sistem kerajaan mengandungi beberapa unsur meritokrasi. Misalnya dalam demokrasi perwakilan, parti-parti politik dan para pengundinya menggunakan prestasi calon masing-masing untuk berkempen dalam pilihan raya. Namun demikian, meritokrasi yang tulen tidak wujud di zaman ini.

Meritokrasi adalah satu sistem sosial yang menyanjung tinggi kebolehan dan keupayaan seseorang tanpa mengira pangkat,keturunan, kaum dan agama.Sistem ini telah lama diaplikasikan dalam sistem pendidikan di Negara kita ,Malaysia.Pengambilan para pelajar ke sekolah berasrama penuh adalah berdasarkan pencapaian mereka di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR),Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).Kaedah ini dianggap sesuai oleh semua pihak memandangkan kekosongan yang ada di sekolah berasrama penuh dan universiti-universiti tempatan adalah terhad.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pada bulan Mei 2001 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki institusi pengajian tinggi awam(IPTA).Orang Melayu umumnya membantah sekeras-kerasnya jika sistem meritokrasi ini dilaksanakan.Sebenarnya tanpa mereka sedari sistem ini telah diguna pakai sejak lama dahulu.Jika kemasukkan pelajar bukan berdasarkan kecemerlangan(meritokrasi) dalam akedemik mereka,cara apakah yang kita gunakan sekarang?.Oleh itu sistem ini adalah yang terbaik untuk membuktikan para pelajar hasilan Malaysia adalah berkualiti tanpa mengharapkan kuota semata-mata.

Definisi:-
Menurut Amir Hasan Dawi (2002) dalam bukunya yang berjudul Penteorian Sosiologi dan Pendidikan meritokrasi adalah satu pandangan atau memberi peluang kepada orang untuk maju berdasarkan meritnya,yakni berdasarkan kelayakkan dan kecekapannya atau kecemerlangannya.Menurut Kamus Dewan (Edisi ketiga) meritokrasi ialah satu sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya dan bukan kerana keturunan atau kekayaan.

Konsep meritokrasi :
Meritokrasi merupakan satu pandangan di mana kejayaan atau ganjaran pendidikan dan sosial adalah diagihkan berdasarkan merit kepintaran (IQ),bakat dan ikhtiar individu.Perkara mustahak ialah apa yang seseorang itu lakukan.Meritokrasi adalah berasaskan persamaan peluang dan bukan persamaan hasilan. Selaras dengan dasar fungsionalisme,pendidikan di Malaysia memberi peluang persaingan dalam kesamaan peluang yang diberikan.Ini bermakna sungguhpun semua murid mempunyai peluang masuk yang sama ke sekolah,sistem pendidikan Malaysia moden meneruskan dasar-dasar meritokrasi dalam pendidikan melalui pengaliran.Setelah memasuki sistem persekolahan seseorang itu akan menerima pendidikan dan bersaing antara satu sama lain.Persaingan adalah disahkan oleh sistem peperiksaan .Murid-murid yang ‘inteligen’ telah diutamakan dalam sistem. Siapa yang lebih ‘inteligen’ atau berusaha akan mendapat kejayaan.Kebiasaan sekolah ialah mengasingkan murid-murid mengikut tahap ‘inteligen’. Jika dahulu bilik darjah dinamakan mengikut abjad ‘A,B,C,D’ dan seterusnya,kini pengasingan telah disamarkan dengan memberi nama bilik darjah berasaskan nama-nama pokok,jenis-jenis bunga dan warna seperti Tiga Merah,Tiga Biru,Tiga Jingga dan sebagainya.
Meritokrasi juga boleh ditunjukkan oleh dasar pemilihan pelajar-pelajar pintar ke sekolah berasrama penuh.Pada peringkat awal pelajar-pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan ‘5A’ selalunya akan dipilih.Pelajar yang tidak cemerlang akan ke sekolah biasa.Kemudiannya system biasa. Kemudiannya sistem pemilihan telah diubah berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) .Di peringkat sekolah menengah pula,Sijil Rendah Pelajaran (SRP) telah diubah kepada Penilaian menengah Rendah(PMR) yang menjadi sebahagian kriteria pengagihan ke sekolah-sekolah berasrama ,teknik atau pun vokasional dan harian.mereka yang gagal Penilaian Menengah Rendah atau pada tahap seterusnya gagal Sijil Pelajaran Malaysia akan disingkirkan daripada sistem persekolahan.


Sesungguhnya pengwujudan sekolah-sekolah berasrama penuh mempunyai rasionalnya sendiri. Ia adalah selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Dengan itu pihak yang ketinggalan dari segi ekonomi dan sosial,khususnya orang-orang Melayu diberikan bantuan melalui pendidikan.Mereka inilah yang diharapkan untuk menjadi guna tenaga penting dalam negara Malaysia moden.Oleh itu kriteria untuk memilih mereka yang benar-benar ‘inteligen’ dianggap sangat penting.Setakat ini tidak ada kecaman daripada anggota-anggota masyarakat berdasarkan merit peperiksaan ke asrama penuh.Justeru itu,amalan meritokrasi sebegini secara umumnya telah diterima oleh masyarakat sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

BERSAMBUNG...

No comments: