Pages - Menu

Saturday, 4 April 2009

Perjanjian Larangan Pengembangan Senjata Nuklear

bismillahirrahmanirrahim.assalamualaikum w.b.t...

em.sekadar membantu liyana yang tidak berkesempatan untuk melangsaikan amanah yang digalaskan kerana kekangan masa yang amat dahsyat lagi melampau.entri ini merupakan permulaan sahaja.segala kekhilafan yang terdapat dalam post ini akan diubah+dibaiki oleh liyana sendiri.
===================================================================================================
Nuclear Non-Proliferation Treaty -NNPT
Perjanjian Larangan Pengembangan Senjata Nuklear (Nuclear Non-Proliferation Treaty-NPT) adalah undang-undang yang berkaitan dengan pengembangan, pembinaan dan penjualan senjata nuklear dan teknologi yang bersangkutan dengannya.

Ia mula ditandatangani pada 1hb Julai 1968 oleh London, Moscow dan Washington serta 59 negara lain dan dikuatkuasakan pada 5hb Mac 1970 dengan dokongan kuat Amerika Syarikat. Kini, sebanyak 187 buah negara telah menyertainya. Negara-negara ini telah dikelaskan kepada 2 kategori:

i. Negara-negara nuklear (nuclear-weapon states-NWS) yang termasuk didalamnya Amerika Syarikat, Russia, China, Perancis dan United Kingdom)
ii. Negara-negara bukan nuklear (non-nuclear weapon states- NNWS).

NPT adalah satu perjanjian multilateral. Di bawah perjanjian ini, lima negara NWS ini dilarang untuk mempersenjatakan Negara-negara bukan nuklear dengan senjata nuklear. Begitu juga Negara-negara bukan nuklear telah bersepakat untuk melepaskan senjata nuklearnya atau tidak berusaha untuk membina senjata nuklear dalam apa jua pun bentuknya seperti yang dinyatakan dalam Artikel I dan II perjanjian NPT.

Bagi perlaksanaannya, satu badan khas telah ditubuhkan -Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International AtomicEnergy Agency-IAEA) yang bertanggungjawab untuk menyediakan satu sistem perlindungan pengembangan senjata nuklear. Badan ini digunakan untuk memastikan kepatuhan kepada perjanjian itu melalui pemeriksaaan yang diadakan setiap lima tahun. Dengan keahlian hampir seluruh negara-negara dunia, NPT mendapat sokongan yang paling meluas daripada semua perjanjian kawalan ketenteraman yang lain.

Hanya Cuba, India, Israel dan Pakistan masih berada diluar perjanjian. Bagi menyetujui perjanjian ini, negara-negara ini mestilah bertindak sebagaimana negara-negara bukan nuklear kerana NPT hanya menghadkan status NWS kepada negara yang ada ‘mengilang dan meledakkan senjata nuklear atau alat letupan nuklear lain sebelum 1hb Januari 1967". India, Israel dan Pakistan, kesemuanya diketahui mempunyai atau dipercayai memiliki senjata nuklear, tidak bergabung dengan perjanjian tersebut. Afrika Selatan menandatangani perjanjian tersebut selepas menghapuskan senjata nuklearnya pada awal 1990an. Korea Utara pula telah menarik diri dari perjanjian ini dan baru-baru ini ia telah mendeklarasi bahawa ia telahpun membina dan memiliki senjata nuklear.

Hakikat sebenar NPT

NPT merupakan diskriminasi kepada kebanyakan negara-negara lain di dunia ini; mencipta semacam kelab ‘elite’ negara-negara bersenjatanuklear, memastikan bahawa monopoli pemilikan senjata nuklear tetap berada ditangan mereka.

Dengan adanya perjanjian ini, mana-mana Negara NNWS yang cuba mendapatkan senjata nuclear akan dikecam dan akan menjadi sasaran Amerika sebagai satu-satunya kuasa besar yang akan tetap berkeras akan ‘haknya’. Amerika akan menjustifikasikan kecamannya keatas negara-negara tersebut dengan mengatakan bahawa negara-negara ini akan menggunakan senjata nuklear tersebut.
Pelik…..satu-satunya Negara yang memiliki dan pernah menggunakan senjata nuklear dalam peperangan adalah Amerika – dan sehingga hari ini, artikel VI perjanjian ini masih tidak dihiraukan oleh NWS terutamanya Amerika Syarikat. Secara praktiknya, tiada satupun daripada kelima-lima buah Negara NWS menunjukkan niat yang serius untuk menghapuskan senjata sebagaimana yang dikehendaki oleh perjanjian.
Mereka (yang diterajui oleh Amerika) sebenarnya bertujuan untuk memonopoli senjata nuklear, dan menafikan negara lain dari memilikinya. Inilah satu lagi sikap ‘double standard‘ yang pelik, namun ditelan bulat-bulat oleh dunia secara umumnya. Amerika hanya memandang NPT ini sebagai alat untuk menghalang negara lain dari memiliki senjata nuklear dan memecahkan monopoli nuklear dunia, yang rata-rata dikawal oleh Amerika. Jika kita perhatikan keadaan politik antarabangsa, kita akan dapati bahawa perjanjian NPT ini hanyalah diatas kertas.
Faktanya, Amerika masih membuat pembangunan senjata baru - yang terbaru sebanyak USD 9 juta diperuntukkan kepada 3 buah makmal pembangunan senjata nuklearnya untuk menghasilkan senjata yang lebih lasak dan berkeyakinan (The New York Times, Isnin, 7/2/05). Dasar hipokrit Amerika ini dapat dilihat dengan lebih jelas dari tindakannya menarik diri dari Perjanjian Peluru Berpandu Anti-Balistik (Anti-Ballistic Missile Treaty-ABMT) dengan Russia dengan alasan bahawa perjanjian ini menghalang Amerika dari mengembangkan sistem pertahanan bagi menangkis serangan pengganas dan negara-negara ‘jahat’; sedangkan pada masa yang sama, Amerika, pada ketika itu mengecam tindakan Iraq dan Korea Utara melanggar perjanjian yang menghalang mereka dari memiliki senjata nuklear.

=================================================================================================
baik.selesai tugas saya dalam membantu ahli yang harus dibantu.segala kekurangan harap dimaafi.entri ini akan diedit semula oleh Yang Amat Berhormat Pendebat Fleksibel, Nur Liyana binti Zakaria.[agak merepek!] mohon entri ini diterima. wassalam.

No comments: