Pages - Menu

Thursday, 30 April 2009

Komen untuk Juara!

Bismillahirrahmanirrahim

Tahniah diucapkan kepada semua pendebat Kelab De'PiKir yang berjaya mencapai matlamat untuk menawan pentas akhir dengan nama Islam;

Baiklah, sebelum menyusulnya laporan perjalanan dan keputusan Pertandingan Debat UIAM Antara Sekolah-Sekolah Malaysia 2009 yang bertarikh 24 - 29 April 2009 [yang mungkin semua dah tahu; ;)], mari kita lihat terlebih dahulu apa kata dan cerita Abang Auzan Hasanuddin yang menemani Team Debat Bahasa Melayu SM Islam Hidayah sepanjang berlangsungnya pertandingan debat tersebut di UIAM

Bismillahirrahmanirrrahim.

1) Rasanya masih lagi baru nama sekolah kita diumumkan sebagai juara....apabila diumumkan pendebat terbaik jatuh ke pihak lawan hati penyokong-penyokong SMIH makin berdegup kencang ,adakah setakat di pentas final....dan apabila MC mengumumkan pemenang jatuh kepada Sekolah Menengah Islam Hidayah.... .semua penyokong kita dah menjerit bersorak...alhamdulillah...dengan sekelip mata nama sekolah kita sudah sampai ke puncak.


2) Pada malam 24/4/09 ketika berjumpa dengan mereka semua di dewan CAC, ana tidak nampak pasukan hidayah boleh mara lebih jauh...dan ternyata telahan ana ini silap...mungkin membuat penilaian yang tidak berasas...gelanggan g Inter-school dibuka pada hari sabtu (25/4/08) dengan 3 perlawanan dan pada hari ahad dengan 3 lagi perlawanan. Secara keseluruhannya Team A dan B kalah sekali dalam pusingan awal tetapi mereka layak ke peringkat kalah mati.


3) Untuk Team A mereka hanya sampai ke peringkat double-octo (dalam peringkat kalah mati akan bermula dengan double octo dimana ada 32 pasukan,jika menang akan masuk ke peringkat octo ada 16 pasukan,jika menang akan masuk ke suku akhir ada 6 pasukan,dan jika menang ke semi final ada 4 pasukan dan jika menang ke final),Team A mempunyai idea yang sangat menarik, mereka bijak membuat kes tetapi mereka lemah daripada segi persembahan mereka ataupun delivery. Untuk Team A (Nadiyah,Hanif dan Anas) mereka sudah buat yang sebaiknya, ruang yang perlu diperbaiki adalah mereka kena meningkatkan mutu penyampaian kes mereka. Walaubagaimanapun, ana ucapkan Tahniah buat kegigihan mereka.


4) Untuk Team SMIH B yang dinobatkan sebagai JUARA kita, pada pandangan ana, team ini mempunyai satu pakej yang sangat menarik. Ili yang membuka kes dengan gaya yang berkarismatik, dikuatkan dengan tekong ataupun ana tafsirkan sebagai tonggak pasukan Liyana yang jelas tuturnya dan cekap fikirannya, dan ditambah dengan Ilham yang sentiasa menghiburkan hati semua pihak sehingga mendapat jolokan Raja Lawak. Alhamdulillah gabungan mereka ini sangat serasi untuk menggerunkan pasukan lawan. Didalam peringkta preliminary round mereka telah bertemu dengan pasukan nama sekolah yang hebat2.Pada pandangan ana perlawanan yang paling menarik adalah diperingkat Octo final apabila mereka menentang Kisas dengan usul berkaitan Earth Hour, kita dapat melihat mereka bangun mencelah lawan dan sampai giliran Ilham membidas tertunduk semua pasukan lawan. Time itu, ana dah dapat rasa mereka boleh ke suku akhir, dan betul tekaan ana. Diperingkat suku akhir, mereka menentang bekas juara tahun lepas iaitu SMAP Kajang. Daripada segi persembahan, ternyata kelebihan adalah kepada pasukan lawan. Mereka sangat yakin dan membaham hujah2 pasukan kita. Ketika itu ana sudah dapat rasakan, setakat di suku akhir perjalanan sekolah kita. Ketika pulang ke pejabat(tengah praktikal di Shazali & Co) sedih jugak sebab Team Hidayah B sangat bagus. Tepat pukul 12.15 mendapat SMS daripada Zubayr (pendebat simpanan Team B) kita ke semi final. Time itu, gembira sangat dan terus berjumpa dengan lawyer mohon izin untuk keluar. Untuk match dengan SMAP Kajang bagi ana adalah match yang lebih baik daripada Final.Usul berbunyi Barack Obama harapan baru dunia Islam. Kita adalah kerajaan, sesuatu yang berat sebenarnya untuk buktikan. Tetapi apabila ana bincang dengan member2 yang jadi judge mereka beri kemenangan kepada Hidayah kerana pasukan sekolah kita dapat kaitkan antara konsep dan fakta kes (pembuktian) sedangkan pasukan lawan hanya ada pembuktian (fakta kes) tetapi lemah daripada segi konsep. Melangkah ke semi final mereka menentang MRSM Tun Ghafar Baba. ternyata semua sekolah MRS menyokong MRSM TGB. Apabila Ilham mengusik pasukan lawan semua penyokong MRSM marah, dia kena lebih berhati2 dengan jenakanya dan harus bijak menggunakannya. Pasukan lawan hanya berharap pada pendebat ke duanya yang menjadi the best seaker overall untuk Malay category.dan keputusan berpihak kepada kita.


5) Pada match final terlihat Ili yang sangat berbeza daripada sebelum, jika sebelum ini dia nervous dan banyak sebut a'a'a'a ternyata dia berbeza dan menjadi sangat yakin, jika sebelum ini takut2 untuk mencelah pada match final dia yang banyak mencelah.Tahniah untuk dia. Ilham masih sama dengan jenakanya namun daripada segi bidasan dia boleh jadi lebih baik (daripada segi perbandingan, ini adalah kali pertama untuk Ilham,kali ke dua untuk Ili dan kali ke tiga untuk Liyana ke pertandingan Inter-School) ,dia perlu mencari lebih banyak lagi angle untuk membunuh kes lawan. Buat Liyana pula dia memang sangat bagus untuk menyelamatkan kes kita, 3rd speaker pasukan lawan sangat bagus mebidas semua pembawaan kerjaan, namun Alhamdulillah ketika membuat pergulungan Liyana dapat menangkap tunjang pasukan lawan dan mematahkannya serta dia menegakkan kembali pembawaan kita. Beliau mengakhiri ucapan dengan kata2 yang sama ketika mengalahkan SMAP Kajang. Kami sedar sekolah kami tidak ternama seperti pasukan lawan, tetapi kita tidak patut melihat kepada siapa yang bercakap tetapi kepada apa yang diperkatakan. Apabila hakim memberi komen, keputusan adalh berdasarkan kepada kaitan hujah dan juga konsep, kami dapat rasakan sekolah kita boleh menang dan ternyata ketika diumumkan sekolah kita menjadi Juara.

6) Buat para pendebat yang bergelar juara ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk ke bumi, walaupun mereka menang tetapi masih ada banyak lagi ruang untuk diperbaiki. buat para ustazah2 yang datang ke Taman Ilmu dan Budi, inilah dia anugerah daripada Allah, Ustazah Kamaliah daripada tahun 2005 sehinggalah 2009 tidak putus2 datang juga, walaupun sebelum ini tidak pernah layak pun ke pusingan kalah mati tetapi beliau tetap datang. Ustazah Hawanis dengan membawa anaknya sanggup juga untuk datang. Serta alumni2 Hidayah yang lain ada yang nak exam esok sanggup datang dan ada yang sanggup ponteng kelas. Itulah bukti kita semua mencintai sekolah kita, kita mahu menjadikan SMIH boleh berdiri sama tinggi dengan KISAS,STAR,TKC, SSP,MCKK dan lain2.


7)Debat adalah seni yang hidup, dan seni untuk hidup. Bukan sekadar kita hendak menjadi orang yang pandai bercakap tetapi pandai berfikir.

Tahniah Semua!!!!!!


_______________________

Menyusul nanti, laporan pertandingan dan keputusan dan kejayaan pasukan SMIH di UIAM!

Mohon jasa baik semua,
[siapa ada gambar pertandingan Akhir Debat UIAM (kedua-dua kategori) sila emelkan terus secepat mungkin kepada kami depikirsmih@gmail.com kerana pihak admin tidak mempunyai sebarang gambar dalam simpanan dan untuk dipaparkan di sini]

Jazakumullahukhayrankathira.

SMIH cemerlang , gemilang , terbilang , takbir! AllahuAkbar!

3 comments:

saraH²amizah said...

salam.tahniah untuk adikadik semua.pembetulan ye.
bukan auzan hasanuddin.tapi auzan sazali.mujahid hasanuddin betul barangkali

Anonymous said...

o0ohhh ni mungkin salah satu sebab orang selalu panggil mereka ni kembar. Kembar tak seiras, lain mak, lain ayah..

InsyaAllah ni paling betul setakat ni, sepanjang kenal kembar-kembar ni

Auzan Hasanuddin bin Sazali
Abdullah Mujahid bin hasanuddin

pendebatpertama said...

yup kak sarah, namanya abg auzan hasanuddin sazali